Ku jilat
manisan yang tersisa di bibir kamu;
--yang merah
jambu, gebu.
Ahh.
Bibir kamu
lebih manis dari manisan gula.
Bibir kamu
lebih bisa;
buat aku
kejang seluruh urat darah
dan menggila.
Dari lapisan
kulit gebu; merah jambu,
Lidah dan
gigitan beralih ke pipi putih bak salju;
--tapi
hangat bak api di kala malam hari natal.
Sambil
jemariku laju,merayap bak kupu-kupu.
--nyaman;
hingga membuat matanya kuyu,
Menahan nafsu.
Sedang aku
makin rakus melihat dia,
Yang
nikmatnya seperti anak kecil kehausan;
--melepuh aiskrim kala panas jelaga.
Ahh,
Bibir kau
paling aku tak mahu lepaskan.
Bibir kau
tempat paling aman untuk ku luah perasaan.
Hanya
kucupan;
--kau dah
bisa buat aku mencair dari masalah.
Seolah kau
sedut habis amarah,
Kau sedut
habis rasa lelah.
Masa,
Mohon
berhenti saat nafas kami bersatu.
Biarkan ia
lama,
Biar
tenggelam dalam syurga dunia.
i.a
July 17th,2013