TINGGAL

Aku sering mohon ke bintang
Agar hati kita; kekal berpautan
Tapi lama-lama bintang menghilang
Seakan-akan tak mahu penuhi permintaan.


Lalu
Mohon aku ke bulan
Mohon agar segala rasa yang disemai; kekal
Tapi lama-lama bulan hilang ditelan gelap malam
Seakan-akan menyorokkan segala permintaan.


Aku lihat pelangi
Cantik; warna berseri
Aku mohon ke pelangi agar cinta kami kekal bersemi
Tapi pelangi hilang separuh-separuh
Tinggal kan jiwa aku yang rapuh.


Tinggal
Dan meninggalkan
Aku makin biasa
Makin lali. 

.SangGadis.
6:46pm / 2 Okt 2013

Ibsul [Bibir]


Ku jilat manisan yang tersisa di bibir kamu;
--yang merah jambu, gebu.
Ahh.
Bibir kamu lebih manis dari manisan gula.
Bibir kamu lebih bisa;
buat aku kejang seluruh urat darah
dan menggila.

Dari lapisan kulit gebu; merah jambu,
Lidah dan gigitan beralih ke pipi putih bak salju;
--tapi hangat bak api di kala malam hari natal.

Sambil jemariku laju,merayap bak kupu-kupu.
--nyaman; hingga membuat matanya kuyu,
Menahan nafsu.

Sedang aku makin rakus melihat dia,
Yang nikmatnya seperti anak kecil kehausan;
 --melepuh aiskrim kala panas jelaga.

Ahh,
Bibir kau paling aku tak mahu lepaskan.
Bibir kau tempat paling aman untuk ku luah perasaan.
Hanya kucupan;
--kau dah bisa buat aku mencair dari masalah.
Seolah kau sedut habis amarah,
Kau sedut habis rasa lelah.

Masa,
Mohon berhenti saat nafas kami bersatu.
Biarkan ia lama,
Biar tenggelam dalam syurga dunia.


i.a
July 17th,2013

Berahi


terlalu banyak yang mampir
tetap juga kamu yang juaranya
hanya diam..
hanya saja kamu berdiam..
sudah buat aku mahu mendekat
mencium haruman tubuh kamu
membelai rambut tebal kamu

ah..panasaran..
emang minyak senyoyong mana yang kau calitkan pada aku?
sampai kamu kaku pun aku terus terasa diasak godaan kamu?

sungguh..
kamu itu makhluk paling berbahaya..


tahu?

BERAHI DUNIA


Dia digoda,
Dengan berahinya terhadap wang,
Dengan nafsunya terhadap wanita,
Dengan ketamakkannya terhadap pangkat dan harta.

Dia cuba untuk sentiasa mengingati Ilahi,
Dan cuba untuk menolak nafsu diri sendiri.

Namun dunia yang kejam sentiasa menggoda,
Dia diperdaya oleh nafsu yang mesra.



SangGadis.18Julai2013.


Mural

Bibir kering mencelup bancuhan ungu pekat
Satu dua titik terjunam ke bahu

Bibir ber-ungu pekat Mampir berani dinding pipi

Menekan lembut tekstur pejal

Lima saat

Dan terpisah perlahan
Separa rela
Mengalir titis akhir
Menjadi corak degil
Lidah basah
Ambil peranan
Dari bawah ke atas
merata-cairkan asmara Menjeling jingga. Ulang.




PB
4 Ramadhan/ 13 Julai